bismillahirrahmanirrahim...
kaki melangkah kat sogo. tujuannye jalan-jalan semata-mata. kalau
nak shopping pun kene tunggu sesapa yang budiman nak belanja.
sape kate nak gi shopping mall wajib keluar duit and gi shopping?
shopping mall tu tempat yang sesuai jugak la untuk cari ilham dan
pengalaman <ok, hakikatnye aku bukan golongan berduit la time ni
(T-T)>
dalam keramaian tu, aku tetiba dapat satu lintasan hati <cheh, nak
cakap ko ni ade premonition atau psikik ke> lintasan yang
bagaimana? untuk mengetahuinya sila gunakan imaginasi anda.
lokasi : shopping mall yang korang suka. aku masukkan sekali pasar
malam.
-kelihatan ibubapa membawa anak masing-masing. ade naik troli,
heret kat tangan atau dukung.
-kelihatan jugak beberapa pasangan ( aku x tau nak cakap dah nikah
ke x, sebab sijil nikah memang lumrahnya orang tak tayang kat
khalayak ramai ) berpegangan tangan, jalan bergandingan, langkah
seiringan,chewah
-kelihatan sekali lelaki and perempuan yang jalan sekumpulan
dengan kawan-kawan sejantina masing2.
muka masing-masing happy, ade muke penat, ade jugak la yang buat
muka toya je .
kenapa ekspresinya lain2? kerana perasaan n sebab mereka berbeza.
nak relate dengan ape ni bro?
mahsyar. hari kebangkitan. hari pengumpulan.
jujurnya, aku xde la buat bancian berapa orang yang berada kat
sogo time tu.
congak2, maybe dalam 1000 <kot>
tetibe membayangkan setiap orang yang aku nampak kat sogo ni
semuanya akan mati, dibangkitkan dan dihisab. semua termasuk aku.
aku tak dapat bayangkan, semua manusia yang hidup start dari zaman
nabi Adam a.s sampai manusia terakhir nanti akan melalui bende
yang sama. ramai tu beb. dan takkan terlepas sorang pun bersama
dengan amalan masing2.
dan masa tu nanti xdenye nak jalan2 dengan family, couple or
kawan2. time tu sume masing2 punye hal. dan muke masing2 pun
konfem berbeza.
" pada hari itu ada wajah yang putih berseri, dan ada pula wajah
yang hitam muram "... ali 'imran ayat 106
adakah yang tersenyum riang ria kat sogo tu akan macam tu jugak
mukanya time tu nanti?
No comments:
Post a Comment