Saturday, January 1, 2011

angka di depan sekarang '2'

bismillahirrahmanirrahim...

bangun di kala dinihari, mesej tahun baru berunsur nasihat aku 

terima. haah yek...dah 2011..dah sebelas tahun millenium aku

berada.

wait...wait... maknenye... if someone ask 'bout my age???
20.

heh, cam keramat apa jek. tapi feel tu dah lain.selama ni kalau 

part umur yang ditanya, jawapan tu di sekitar belasan tahun lagi.
adakah ko menulis ari ni nak cakap sal ni je weii..

aha, lebih kurang la. coz aku yakin ramai je yang rasa macam ni.

end our intro. pointnye kat sini, ari tu aku pegi usrah.

tajuk yang dibincangkan adalah pemuda,

kat bawah ni lebih kurang flowchart umur kita

baby -> kanak-kanak -> remaja (pemuda) -> dewasa -> tua -> the end

point yang aku tertarik, masa pemuda tu adalah waktu keemasan. 

dan berapa ramai yang betul2 menggunakan erti keemasan tu?

berapa ramai budak-budak muda sebaya aku, atau tua sikit, atau 

muda sikit yang join program realiti yang tahapehapentah. keje 

menyanyi, berlakon je tau nak compare dengan belia yang join 

gerakan Islam?

" bro, tu keje orang veteran la bro, kita ni watpe nak kacau daun?

nanti kita dah tua skit baru la kita pikir okey? hidup cuma sekali

so kita enjoyyy...! "
aku rasa sungguh la nak mintak mandat kat mane2 sultan untuk aku

menyekeh kepala-kepala yang berpikiran gini.

dah tua sikit baru nak pikir? patutnye time ni dah start keje, 

bukan baru nak pikir...

dan konfem ke korang kita sempat nak sampai ke usia tua tu?

maaf, emo sikit.

baru-baru ni tengok video kat fesbuk, pasal orang wat flashmop

dance (ala... yang tetibe ade orang menari kat tengah orang ramai 

pastu tetibe ade orang lain join, menari ramai2. sori la kalau 

tersalah pakai istilah)

cool jugak la. aku pun orang muda, so cambest jugak la tengok 

diorang buat benda ni.

tapi... tetibe terpikir, kalau ade sorang budak yang start baca 

yasin or bagi khutbah or nasyid kat tengah khalayak tu, ade yang

nak join?

heh, silap2 kene cop gila and kene halau ngan pak guard. lagi 

advance memang masuk ISA la budak tu.

yela, imej macam tu dah memang kene label pengganas la katakan.
dunia dah upside down, head over heels.

maka beruntunglah bagi ghuraba'...

sebagai perkongsian, 4 perkara yang menjadi ciri pemuda yang baik:

  • -hati yang cerdik yang menghasilkan keimanan -القلبي الذكي

  • -nurani yang suci yang menghasilkan keikhlasan-الفؤاد النقي

  • -perasaan yang bergelora yang menghasilkan semangat-الشعور القوي

  • -keazaman pemuda yang menghasilkan amal -العزم الفتى
 kalau semua brother and sister kat luar sane termasuk aku ade 4 

perkara ni, Insya Allah ummat Islam bangkit semula.

takbir!

terberpikir

bismillahirrahmanirrahim...

kaki melangkah kat sogo. tujuannye jalan-jalan semata-mata. kalau

nak shopping pun kene tunggu sesapa yang budiman nak belanja. 

sape kate nak gi shopping mall wajib keluar duit and gi shopping?

shopping mall tu tempat yang sesuai jugak la untuk cari ilham dan

pengalaman <ok, hakikatnye aku bukan golongan berduit la time ni

(T-T)>

dalam keramaian tu, aku tetiba dapat satu lintasan hati <cheh, nak

cakap ko ni ade premonition atau psikik ke> lintasan yang 

bagaimana? untuk mengetahuinya sila gunakan imaginasi anda.

lokasi : shopping mall yang korang suka. aku masukkan sekali pasar

malam.

-kelihatan ibubapa membawa anak masing-masing. ade naik troli, 

heret kat tangan atau dukung.
    -kelihatan jugak beberapa pasangan ( aku x tau nak cakap dah nikah
      ke x, sebab sijil nikah memang lumrahnya orang tak tayang kat

      khalayak ramai ) berpegangan tangan, jalan bergandingan, langkah

      seiringan,chewah

      -kelihatan sekali lelaki and perempuan yang jalan sekumpulan 

      dengan kawan-kawan sejantina masing2.

       muka masing-masing happy, ade muke penat, ade jugak la yang buat

      muka toya je .

      kenapa ekspresinya lain2? kerana perasaan n sebab mereka berbeza.

      nak relate dengan ape ni bro?

      mahsyar. hari kebangkitan. hari pengumpulan.

      jujurnya, aku xde la buat bancian berapa orang yang berada kat

      sogo time tu.

      congak2, maybe dalam 1000 <kot>

      tetibe membayangkan setiap orang yang aku nampak kat sogo ni 

      semuanya akan mati, dibangkitkan dan dihisab. semua termasuk aku.

      aku tak dapat bayangkan, semua manusia yang hidup start dari zaman

      nabi Adam a.s sampai manusia terakhir nanti akan melalui bende

      yang sama. ramai tu beb. dan takkan terlepas sorang pun bersama 

      dengan amalan masing2.

      dan masa tu nanti xdenye nak jalan2 dengan family, couple or 

      kawan2. time tu sume masing2 punye hal. dan muke masing2 pun

      konfem berbeza.

      " pada hari itu ada wajah yang putih berseri, dan ada pula wajah

      yang hitam muram "... ali 'imran ayat 106

      adakah yang tersenyum riang ria kat sogo tu akan macam tu jugak

      mukanya time tu nanti?

      wallahua'lam.