Wednesday, November 17, 2010

suratan atau kebetulan?

alarm kat handset berbunyi riang, mengejutkan manusia yang dah

terlepas ke alam mana-mana ntah ke alam nyata semula, menyedarkan

yang tanggungjawab hari ni dah bermula< intro semata>

 suratan atau kebetulan? merujuk kepada tajuk di atas, aku ingin

mengajak sume pembaca(sape lah sangat nak baca blog ini) memikir

macam biasa, aku memberi beberapa situasi.

..."mujurlah pak mat lalu situ...kalau tak dah takde 
dah aku kat dunia ni kena belasah ngan geng  seman..."

..." kamu nak balik kl ye? kebetulan pulak cucu opah pun nak 
balik sane, kamu balik sekali la dengan die yerk?"...

..."nasib baik la kita semua lahir tahun 1991, kalau tak mesti

aku and korang dah kena suntik BCG..." (aku teragak-agak nak

tulis pasal ni sebab aku pun tak sure.tak salah aku memang time

aku darjah 6 aku tak kena this kind of injection)

jadi apakah yang korang dapat relatekan?

mujur, kebetulan and nasib baik, wujudkah semua ni?

kadang-kadang kita semua terlalu happy bile semua benda macam 

ni berlaku kat kita time kita perlukan

solution untuk beberapa masalah.

lantas, kita terlupa menyebut Alhamdulillah.

sedangkan telah difirmankan oleh Allah SWT

" Sesungguhnya firman Kami terhadap sesuatu apabila kami

mengkehendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya, "Jadilah!"

maka jadilah sesuatu itu." surah an-nahl ayat 41

so, did anyone see something? kita rase Allah tak tolong kita,

kita rase Allah jauh ngan kita,padahal Dia
 
sentiasa tolong kita, Dia sentiasa dekat dengan kita.

tapi kita yang tak sedar and tak reti bersyukur.

so nye, lepas-lepas ni banyak-banyaklah bersyukur and

mengucapkan kata 'Alhamdulillah'.

so that kita akan merasa sweetnya tarbiyah Allah.

pegi dulu! nak makan rendang, assalamualaikum

Tuesday, November 16, 2010

korban

dentum!!!

"opocot!!!". petir. tak macho sungguh la tekejut-tekejut ni.tapi dah memang tekejut nak wat camne,

aku tak pinta, datangnya sungguh aku tak duga. ,<serius ko tak duga? sebelum petir kan ade kilat dulu?>

ok,kantoi disini

"dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan,..."-surah ar-rum ayat 24.

pada hari ini, aku ingin menanyakan beberapa persoalan kepade 

sesapa yang membaca dan termasuklah aku sendiri.

SITUASI 1
lokasi: pasar malam

-suasana yang konfem la happy, tengok barang-barang yang korang 

suka bleh dapat dengan harga murah.

cakap je,kasut? handbag? cap? belt? sume ada. jenama ape, 

adidas?nike? umbro? stussy? panasonic? cari je la.

dalam keramaian tu korang nampak ade sorang pakcik. matanya buta.

mulutnya lancar melagukan surah-surah yang kita dah hapal mase

kecik( juz 'amma). ape lagi?kaki die, tempang plak, beserta 

kesan-kesan parut yang tak tercerna dek minda mane dia dapat sume

tu . dalam poket jeans ade rm 50.

persoalannya: berapa peratus daripada rm 50 tu korang nak bagi 

kat pakcik tersebut?(kalau nak bagi la)


SITUASI 2
lokasi : depan laptop.bukak fesbuk. ade 1 comment dari kawan 

korang dekat gambar korang  yang duduk di atas sebijik yamaha.

" salam, cuti nanti aku nak mintak tolong ko jadi urusetia untuk 

budak-budak yang baru masuk"

dalam hati, pehal pulak mamat ni ajak aku? bukan tak tau aku ni 

ade part time job kat kedai makcik

leha tu.dan lagi best 
" mintak tolong ko handle tazkirah, brother yang sepatutnya tu 

ade emergency last2 minute ni"

 sedangkan jiwa kat dalam dada tu trasher tahap 2.persoalannya :

sanggupkah?


SITUASI 3
lokasi : rumah sendiri (kat kampung)

" ajek, ayah nak ko follow ayah pagi esok", suara ayah suam-suam

"gi mana ayah?", tak pernah-pernah pulak...nak ajak gi dangdut 

ke?

"kita gi tolong  Lebai Samuri baiki bumbung masjid, runtuh sebab

hujan semalam. lusa dah orang nak guna semayang jumaat."

persoalannya-dalam keletihan baru sampai dari oversea semalam.

beserta sengal-sengal yang masih terasa,nak ke korang menyahut 

seruan ayahanda korang?

 jeng2...tepuk dada tanya iman le bro.. check this out

" Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri 

mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." 

at-taubah ayat111.

senang cite, 3 benda yang dikelaskan untuk kita korbankan macam 

contoh2 yang aku bawak kat atas 

tadi-harta,masa,tenaga... 

dan korang rase la...memang tak kan rugi 'berjual beli' dengan 

Allah,nak-nak lagi barang tukaran tu 

SYURGA... bukan senang beb.

tapi tak mustahil. doakan aku jugak

 

Monday, November 15, 2010

alkisahnya..

bismillahirrahmanirrahim...

laptop dibukak dengan malas, memang dah tak tau nak buat apa

tapi kalau internet dah depan mata,heh,surf all the waves la

nampak gayanya...click la bende yang dah jadi kemestian pade

manusia zaman sekarang ni. fesbuk(untuk makluman: aku takde

fesbuk tapi ade akaun yang dikongsi bersama). 

kat sini la  kita boleh tengok semua manusia, dari yang kita

kenal sampai la yang tak pernah bersua.

"hmm...cam kenal je awek ni"

oh...budak ni, tak silap aku kat sekolah dulu dia ni pengawas

kot, pernah jadi majlis tertinggi badan dakwah lagi,tapi tudung

dia? 

kenapa dengan tudung dia? dah takde ke?

bukan takde, tapi ade yang kurang, senang kate korang tengok

la Quran dalam surah annur ayat 31...

"...dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya..."

tu dress code untuk menutup apa yang sepatutnya....

pada pendapat aku, tak semestinya kalu dibicarakan pasal

tudung mengikut syariat tu mesti tudung labuh bulat yang jahit

kat tengah mase zaman sekolah tu, tak.. pada aku cukuplah

bertudung ikut apa yang Islam dah gariskan, nak pakai tudung

bawal, tudung siakap, tudung indon, tudung uganda sekalipun,

pakailah.... yang penting ape yang Allah suruh,apa yang Islam

guide tu, ikut...

tak salah and tak susah kalau anda bertudung kerana suruhan,

bukan ikut-ikutan...chow, 

assalamualaikum...

Sunday, November 14, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

medan shoutout bermula kat sini, apalah sangat blog aku yang

terkedek-kedek nak melangkah ni nak compare dengan blog

lain yang dah berkurun memulakan langkah, blog penumpang dunia...

 tengok tajuk pun ayam itik mungkin pandang sebelah kepak je, 

tapi, untuk makluman, blog ni dah dicita-citakan sekian lama,

cuma masa dan waktu yang tak mengizinkan, and Alhamdulillah,

we start it here...silakan...