Tuesday, November 16, 2010

korban

dentum!!!

"opocot!!!". petir. tak macho sungguh la tekejut-tekejut ni.tapi dah memang tekejut nak wat camne,

aku tak pinta, datangnya sungguh aku tak duga. ,<serius ko tak duga? sebelum petir kan ade kilat dulu?>

ok,kantoi disini

"dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan,..."-surah ar-rum ayat 24.

pada hari ini, aku ingin menanyakan beberapa persoalan kepade 

sesapa yang membaca dan termasuklah aku sendiri.

SITUASI 1
lokasi: pasar malam

-suasana yang konfem la happy, tengok barang-barang yang korang 

suka bleh dapat dengan harga murah.

cakap je,kasut? handbag? cap? belt? sume ada. jenama ape, 

adidas?nike? umbro? stussy? panasonic? cari je la.

dalam keramaian tu korang nampak ade sorang pakcik. matanya buta.

mulutnya lancar melagukan surah-surah yang kita dah hapal mase

kecik( juz 'amma). ape lagi?kaki die, tempang plak, beserta 

kesan-kesan parut yang tak tercerna dek minda mane dia dapat sume

tu . dalam poket jeans ade rm 50.

persoalannya: berapa peratus daripada rm 50 tu korang nak bagi 

kat pakcik tersebut?(kalau nak bagi la)


SITUASI 2
lokasi : depan laptop.bukak fesbuk. ade 1 comment dari kawan 

korang dekat gambar korang  yang duduk di atas sebijik yamaha.

" salam, cuti nanti aku nak mintak tolong ko jadi urusetia untuk 

budak-budak yang baru masuk"

dalam hati, pehal pulak mamat ni ajak aku? bukan tak tau aku ni 

ade part time job kat kedai makcik

leha tu.dan lagi best 
" mintak tolong ko handle tazkirah, brother yang sepatutnya tu 

ade emergency last2 minute ni"

 sedangkan jiwa kat dalam dada tu trasher tahap 2.persoalannya :

sanggupkah?


SITUASI 3
lokasi : rumah sendiri (kat kampung)

" ajek, ayah nak ko follow ayah pagi esok", suara ayah suam-suam

"gi mana ayah?", tak pernah-pernah pulak...nak ajak gi dangdut 

ke?

"kita gi tolong  Lebai Samuri baiki bumbung masjid, runtuh sebab

hujan semalam. lusa dah orang nak guna semayang jumaat."

persoalannya-dalam keletihan baru sampai dari oversea semalam.

beserta sengal-sengal yang masih terasa,nak ke korang menyahut 

seruan ayahanda korang?

 jeng2...tepuk dada tanya iman le bro.. check this out

" Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri 

mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." 

at-taubah ayat111.

senang cite, 3 benda yang dikelaskan untuk kita korbankan macam 

contoh2 yang aku bawak kat atas 

tadi-harta,masa,tenaga... 

dan korang rase la...memang tak kan rugi 'berjual beli' dengan 

Allah,nak-nak lagi barang tukaran tu 

SYURGA... bukan senang beb.

tapi tak mustahil. doakan aku jugak

 

No comments:

Post a Comment